Fukuoka, Jepun – 25 April 2024 – Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Shizen International Inc. (Shizen International) berlandaskan dua matlamat: meneroka pembangunan projek fotovoltan solar yang dibina di atas darat dan menilai potensi kawasan air yang sesuai untuk projek fotovoltan terapung di Negeri Perak.
Eksekutif Kumpulan MHB, dan Rei Ushikubo, Ketua Pegawai Eksekutif Shizen International. Majlis ini disaksikan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Pengerusi Eksekutif MHB; dan Oliver Senter, Pegawai Eksekutif Kumpulan Shizen Energy bertanggungjawab untuk Pelaburan & Strategi. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato' Mohd Zaki Mahyudin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Koridor Perak, YB Loh Sze Yee.
Menurut Syed Agil Syed Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB, kerjasama dengan Shizen membuka peluang besar bagi Perak. Beliau berkata, "Kami menganggap Shizen sebagai rakan kongsi yang ideal kerana kepakaran dan rekod pencapaiannya yang terbukti. Kerjasama ini menjanjikan kemajuan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan membawa manfaat kepada penduduk tempatan, termasuk peluang pekerjaan, perkongsian teknologi dan kemakmuran ekonomi."
"Menerusi kerjasama dengan Shizen Energy Japan, pemimpin terkemuka dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kami sedia memanfaatkan kepakaran dan sumber bersama kami untuk menggiatkan penggunaan teknologi tenaga bersih di rantau ini," tegas beliau.

Shizen International, anak syarikat Shizen Energy Inc., terlibat secara aktif dalam pembangunan dan pengendalian kemudahan tenaga boleh diperbaharui di seluruh Asia, Oceania, dan Amerika Latin, merangkumi loji jana kuasa angin dan solar yang ditubuhkan sejak tahun 2020. Shizen Energy Group telah berjaya membangunkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 1,321.7 MW di Jepun dan peringkat antarabangsa. Di bawah MoU ini, MHB dan Shizen International akan berganding bahu meneroka potensi bagi projek solar yang dibina di atas darat atau yang terapung di Perak. Kerjasama ini membabitkan kajian boleh laksana permulaan dan usaha sama untuk meneroka peluang pelaburan.
Shizen Energy Inc. berpangkalan di Fukuoka City, yang mempunyai hubungan sebagai bandar kembar Ipoh, Perak. Sejak menandatangani perjanjian bandar kembar pada 1989, kedua-dua pihak giat melaksanakan program pertukaran pendidikan dan kebudayaan.
Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Ketua Eksekutif PKNPk dan Pengerusi Eksekutif MHB, menyambut baik kerjasama ini sambil berkata, "Kami mengunjurkan kemajuan besar dicapai daripada MoU, kerana kami bersedia sepenuhnya untuk menggiatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Perak. Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang berusaha meningkatkan penjanaan tenaga lestari di negara ini sambil memenuhi peranan MHB sebagai pemimpin dalam bidang tenaga boleh diperbaharui di bawah agenda Perak Sejahtera 2030."
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad berkata, "Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh pelabur dari dalam dan luar negara yang menyokong aspirasi Perak untuk menjadikan negeri ini satu destinasi pelaburan yang terkenal di Asia secara khususnya dan di persada dunia secara umum. Usaha ini sejajar dengan dasar mesra pelabur kerajaan negeri dan wawasan kami untuk mempelopori teknologi hijau dan inovasi di bawah rancangan pembangunan Perak Sejahtera 2030.
Beliau menekankan betapa pentingnya kerjasama ini sambil menyatakan, "Peralihan kepada amalan lestari memerlukan tindakan bersama. Kerjasama ini sejajar dengan kesungguhan Perak untuk membangunkan teknologi hijau dan usaha untuk menarik pelaburan menerusi Program Flagship 12: Sumber Air dan Sumber Tenaga Boleh Baharu."
MHB and Shizen International bertekad untuk meneroka dan meneliti peluang penjanaan tenaga solar di Perak, meliputi projek solar yang dibina di atas darat dan terapung. MoU ini mencerminkan usaha penting untuk menjamin masa depan serantau yang lebih lestari.
