From the Chief
Executive's Desk

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

dan Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada seluruh warga kerja di Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun 2026 bukan sekadar dengan harapan, tetapi dengan keyakinan yang berasaskan prestasi, yang berasaskan fokus yang jelas, serta komitmen yang padu untuk terus memacu pembangunan ekonomi Negeri Perak secara tersusun, strategik; dan berimpak tinggi.

Warga kerja sekalian, Tahun 2025 ni bukanlah tahun biasa. Ia merupakan tahun dimana kita membuktikan keupayaan pelaksanaan Kumpulan PKNPk.

Sepanjang tahun 2025 ni, Kumpulan PKNPk terus memacu ekosistem pembangunan ekonomi negeri melalui projek strategik berskala besar yang mempunyai impak ketara kepada pembangunan ekonomi negeri Perak, dengan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan kepada warga negeri Perak.

Di saat pasaran menunggu isyarat, kita memberi keyakinan.

Sejajar dengan konsep nod pertumbuhan yang dibawa oleh Pelan Perak Sejahtera 2030, momentum Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC telah mendorong Gerak Kerja daripada pelabur awal serta menarik minat pelabur antarabangsa dari Belgium dan Belanda, ini menjadi petunjuk jelas bahawa Perak kini berada di radar pelabur global di dalam sektor perindustrian dan maritim.

Kerajaan Persekutuan jugak telah menyediakan dana bagi melaksanakan feasibility study kepada pembangunan LuMIC 1. Selain pada tu, Setelah enam tahun tertangguh, kerja-kerja sedang rancak dilaksanakan oleh Kumpulan PKNPk.

Hmmmm….. Selalu depa dok cakap…. takdak apa-apa progress pun on the ground.

Haaa…kali ni saya nak pesan…. pi la tengok. Pi berdiri kat ataih jambatan Tuanku Bainun tu…. tengok sendiri.

Selain pada tu, setelah 20 tahun tergendala, projek Silver Valley Technology Park (atau SVTP) terus digerakkan oleh Kumpulan PKNPk sebagai sebuah lagi projek flagship negeri yang mesra pelabur dan berdaya saing. Syarikat-syarikat yang telahpun mula beroperasi, serta minat awal daripada pelabur-pelabur berpotensi mencerminkan keyakinan pasaran terhadap kesiapsiagaan infrastruktur serta ketegasan dasar negeri Perak.

Hmmmm….. Sekali lagi saya nak kena pesan pada mereka yang dok cakap…. takdak apa-apa on the ground pun. Pesanan saya: Pi la tengok sendiri. Pi la berdiri ataih bukit kat Kanthan tu tengoklah sendiri.

Bagi projek LuMIC dan SVTP, Kehadiran syarikat yang telah mula beroperasi, serta minat awai pelabur tempatan dan antarabangsa, membuktikan bahawa bahawa Flagship No 9 Perak Sejahtera 2030 has succeeded to make investors take notice of Perak and more importantly is the fact that Perak kini sudah bersedia untuk menerima mereka. Dalam sektor perumahan dan hartanah pulak, pelaksanaan projek Taman Tasek Ardea di Batu Gajah oleh Kumpulan PKNPk membuka lembaran baru di dalam pembangunan projek rumah mampu milik di negeri Perak bagi menjamin kesejahteraan warga Perak.

Kalau nak tengok, pi la kat tasik sebelah Batu Gajah tu tengoklah sendiri.

Warga PKNPk sekalian mungkin tak ramai yang menyedari, di sebalik projek-projek mega, Kumpulan PKNPk hari ini jugak mengurus dan menyelenggara lebih 150 bangunan dan aset strategik di beberapa buah negeri.

Aktiviti ni merupakan input sokongan yang kritikal yang memastikan kelangsungan operasi, keyakinan pelabur dan imej profesional kerajaan negeri. Dari aspek Teknologi Hijau pulak, Kumpulan PKNP telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang berpotensi menjana pelbagai peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

Kalau nak tengok contoh projek kita, boleh la jugak pi tengok di kawasan Chenderoh, sebab di Sungai Perak ni, kita sedang laksanakan Projek Hydro Life Extension Programme (HLEP).

Program ini melibatkan kerja-kerja naik taraf enam stesen janakuasa hidro dengan kapasiti keseluruhan hampir 650 MW, memastikan operasi berterusan sehingga 40 tahun yang akan datang, dimana inisiatif ini merupakan salah satu komponen utama di dalam National Energy Transition Roadmap.

Projek ni penting sebab ianya menjamin bekalan tenaga bersih; dan meneguhkan kedudukan Perak sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Seterusnya, kerjasama strategik di antara PKNPk bersama Gamuda Berhad di dalam melaksanakan North Perak Water Supply Scheme (atau NPWSS) membuka lembaran baru pembangunan ekonomi, melalui pembinaan dan pengoperasian infrastruktur rawatan dan pengagihan air diutara Perak, dimana lebihan air terawat akan dijual kepada Pulau Pinang.

As a State Development Corporation, Kumpulan PKNPk proaktif dalam memulihara aset warisan dan membangunkan ruang komuniti di Bandar Meru Raya, Ipoh.

For example, Bulatan Sultan Azlan Shah (atau BSAS) merupakan antara input penting PKNPk dalam memperkukuh imej pintu masuk utama bandar Ipoh. Aktiviti penaiktarafan infrastruktur telah pun dijalankan dengan memasang lampu jalan pintar berkuasa solar (Smart Solar Streetlight) yang sekarang telah beroperasi sepenuhnya. Penambahbaikan fasiliti di BSAS menjadikan BSAS bersedia untuk menampung penganjuran acara berskala besar di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pembukaan semula Rumah Tradisional Melayu (RTM) Perak di Meru Raya bukan sekadar produk pelancongan baharu, tetapi simbol komitmen PKNPk dalam memelihara warisan negeri sambil menjadikannya pemangkin kepada ekonomi pelancongan budaya, sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kalau nak tengok hebatnya benda ni, Pi la jengok kat sebelah Bulatan Azlan Shah tu…tengoklah sendiri.

Selain pada itu, dalam sektor hospitaliti, Hotel Casuarina @ Meru mencatatkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tahun 2025, mencerminkan keberkesanan pengurusan, peningkatan kepercayaan pasaran dan daya tarikan lokasi strategik Meru Raya.

Hotel Casuarina @ Meru dan Hotel Casuarina@Kuala Kangsar jugak telah meraih kejayaan cemerlang pada Perak Tourism Awards 2024 apabila dianugerahkan "Excellence in Business Event Hotel Award" dan "Best Cityscape Destination Award" — satu pengiktirafan penting that reflects our unwavering commitment to ensuring an outstanding experience for all visitors.

Casuarina Houseboat @ Temenggor pulak terus menjadi antara produk pelancongan ikonik yang mencerminkan kekuatan semula jadi negeri Perak.

Melalui pengurusan dan penambahbaikan berperingkat, Houseboat Temenggor 1 bakal menawarkan kembali pengalaman ekopelancongan yang unik, yang berpotensi menjadi tarikan bertaraf antarabangsa yang memanfaatkan keindahan hutan hujan dan biodiversiti Tasik Temenggor.

Di Kuala Kangsar, Kumpulan PKNPk turut memainkan peranan dalam memartabatkan warisan negeri melalui Balai Gambang Cempaka Sari (atau BGCS).

Pengoperasian semula BGCS ini bukan sekadar usaha pemuliharaan, tetapi satu pelaburan strategik dalam mengekalkan seni, budaya dan identiti negeri Perak, sambil membuka ruang kepada aktiviti pelancongan warisan, pendidikan budaya dan ekonomi kreatif tempatan.

BGCS ni dijangka menjadi antara tarikan baru yang memperkukuh kedudukan Kuala Kangsar sebagai bandar diraja dan pusat warisan Perak.

Please go and experience this. Di samping tu, Kumpulan PKNPk terus komited membangunkan ruang komuniti dan ekonomi rakyat.

Di dalam konteks ini, Bazar Ipoh mencatatkan pencapaian yang membanggakan sebagai pusat tarikan pelancong pada tahun 2025.

Antara inisiatif yang mendapat perhatian ialah Suito Café, yang kini berkembang sebagai pusat aktiviti komuniti moden… dengan bazar, ruang niaga yang inklusif; dan platform yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat melalui pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.

And just to embellish the fact that the experience economy is a noteworthy agenda in the state of Perak,

Kumpulan PKNPk turut memperkasakan aset ekopelancongan negeri, dimana Tasik Cermin telah menerima lebih 600,000 pengunjung pada tahun 2025; dan telah menerima anugerah pelancongan oleh Islamic Tourism Centre (ITC)

Di Teluk Batik pulak, resort moden dengan 29 unit penginapan baru akan dibangunkan bermula pertengahan 2026, bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap penginapan moden di kawasan Lumut dan Manjung.

Dari aspek operasi jugak, PKNPk jugak has achieved new milestones.

One such milestone is the Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara.

Saya berasa amat berbangga dengan pencapaian Kumpulan PKNPk has managed to achieve status Sijil Bersih ni selama lima tahun berturut-turut. Ini mencerminkan pengurusan kewangan yang berdisiplin, yang telus dan yang mematuhi piawaian tadbir urus tertinggi.

Warga kerja Kumpulan PKNPk sekalian, tahun 2026 will not be just about projek-projek yang besag, tapi it will also be about how we harmonise and transform our culture.

Dalam Kumpulan PKNPk, kita tak boleh buat kerja 'ikut kepala sendiri' atau dok dalam kepompong anak syarikat masing-masing. We have to play as a team.

I would like us to embrace Value Creation, and I would like us to embrace Speed and Excellence.

Setiap hari, kita kena la tanya diri sendiri: "Apa nilai tambah yang kita bagi pada PKNPk hari ni?"

dan setiap hari, kita kena la tanya pada diri sendiri: "Apa nilai tambah yang kita bagi pada rakyat Perak hari ni?"

Kalau kerja kita tak beri impak pada ekonomi negeri, kalau kita tak bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepada kita, makna kata kita belum berjaya lagi.

Dunia kat luag sana dok ligan kita. Pelabur dari Belgium, Belanda, China—depa ni semua nak jawapan yang cepat dan yang tepat; and we just have to accept this fact. Jangan la disebab kelewatan oleh sesuatu unit pihak lain pun terpaksa tanggung kesan sampingannya; and our beloved State will be affected as a whole.

Warga kerja Kumpulan PKNPk sekalian We have moved mountains to get to where we are today

Oleh itu, Jom kita buktikan yang warga PKNPk bukan saja hebat dari segi perancangan, bukan saja hebat dari segi pelaksanaan, tapi luar biasa dari aspek budaya kerja.

Setiap projek yang kita buat, setiap aset yang kita baikpulih, dan setiap ruang yang kita hidupkan menjadi bukti yang kita bergerak bersama untuk hari ni, dan hari-hari akan datang.

Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan tekad yang lebih kukuh, dan disiplin yang lebih tinggi. Marilah kita memainkan peranan kita demi menjadikan Perak negeri yang berdaya saing, makmur dan sejahtera; dan membantu Perak berdiri megah dimata dunia.

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.